Home / Contests / Peraduan Menang Pas Wayang SINDIKET

Peraduan Menang Pas Wayang SINDIKET

sindiket_ssaver

FILEM SINDIKET

Papar Kisah Pemerdagangan Manusia

DI PAWAGAM 06 APRIL 2017

Isu pemerdagangan manusia dilihat antara jenayah yang cukup berkait rapat dengan kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Malah, sesiapa sahaja boleh berisiko menjadi mangsa sekiranya ia tidak dibendung dengan sebaiknya.

Menyedari hakikat itu, syarikat Loyal Studio Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Sindiket yang memberi fokus terhadap jenayah pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia.

Sindiket mengisahkan mengenai Inspektor Rudy daripada unit khas D7 yang berusaha keras membanteras kes pemerdagangan manusia. Kematian seorang gadis berusia 16 tahun memberi petanda baharu kepada pemburuan Inspektor Rudy terhadap sebuah kumpulan yang menjalankan aktiviti sindiket pemerdagangan manusia yang sangat dikehendaki di Malaysia.

Sudah bertahun-tahun Inspektor Rudy menjejaki gerak-geri kumpulan ini. Akhirnya dia dapat menyerbu tempat dipercayai kubu utama persembunyian Galang, ketua kumpulan itu. Pertempuran berlaku antara pihak polis dan kumpulan berkenaan. Beberapa anggota kumpulan itu berjaya ditembak mati dan cedera, tetapi malangnya ketua mereka Galang berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, bukan Galang dan beberapa konconya sahaja, malah turut bersama-sama mereka ialah gadis-gadis yang telah menjadi mangsa. Antara mereka ialah Noreen, Amira dan Yanti.

Sementara itu, Noreen dan Amira merupakan rakan karib yang baru memasuki tahun satu di universiti. Mereka telah ditipu dalam satu iklan bercuti sambil memperoleh pendapatan di sebuah pulau. Yanti pula datang dari sebuah kampung di Indonesia dan terpedaya dengan cinta palsu serta pendapatan yang lumayan di Malaysia.

Menjalani penggambaran di Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia dan Kundasang di Sabah, filem bergenre aksi berkenaan turut mendapat sentuhan daripada pengarah terkenal iaitu Bade Hj Azmi.

Selain itu, filem yang mula menjalani penggambaran pada bulan Jun 2013 itu turut menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci serta beberapa orang barisan pelakon dari Indonesia.

Kini, setelah empat tahun, filem Sindiket bakal menemui penonton pada 6 April 2017 di pawagam seluruh negara.

Facebook:
FilemSindiket

YouTube Trailer:

[PERADUAN]
Ikut arahan berikut dan pemenang bertuah bakal dipilih!

1. LIKE dan SHARE Peraduan ini sertakan hashtag #RedBoxKaraokeMalaysia #Sindiket #EmpireFilmSolution
2. Jawab soalan di dalam borang yang berikut.

Tarikh Tutup Penyertaan: 02 APRIL 2017.

Contest has ended.

Tahniah kepada semua pemenang yang terpilih!!
Anda telah memenangi 2 keping pas wayang “SINDIKET”!

Nur Asfarina Binti Idrus (XX-5336)
Nuratiqah Binti Mahamud (XX-5962)
(Prize collection at Green Box Bukit Tinggi)

Norazlin Binti Mohamad Salleh (XX-6034)
Nurfaranuzul Binti Zohari (XX-5200)
Mohd Hafiffy Bin Ghazali (XX-5563)
(Prize collection at Green Box Cheras Selatan)

Mohamad Fadhil Shahamin (XX-5587)
Nur Afiqah binti Mohd Ariffin (XX-5222)
(Prize collection at Red Box, The Gardens)

Noraida Bt Ahmad (XX-5256)
Ahmad Kasyidi Bin Ismail (XX-5077)
Siti Syafiqah Binti Mazlan (XX-6348)
(Prize collection at Red Box Low Yat)

T&S:
1. Hadiah mesti dituntut pada 06 Apr 2017 hingga 09 Apr 2017 sahaja.
2. Untuk mengutip hadiah, pemenang-pemenang mestilah menunjukkan Kad Pengenalan (KP) mereka untuk tujuan penyelidikan sebagai bukti identiti, yang mana jika gagal, hadiah-hadiah tersebut akan dibatalkan.
3. Pemenang mesti menuntut Hadiah dalam Tempoh Tuntutan di Red Box atau Green Box Karaoke yang tersebut.
4. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu.
5. Keputusan juri adalah akhir dan muktamad. Tiada sebarang pertanyaan (lisan atau bertulis) akan dilayan.