Home / Events / RED BOX & GREEN BOX KARAOKE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

RED BOX & GREEN BOX KARAOKE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

GAR_CSR_HFK_WebbPada April lalu, Red Box & Green Box Karaoke telah melancarkan kempen mengumpul dana yang bertemakan ‘HELP FOR KIDS’ untuk tabung kebajikan Red Energy yang memberi fokus kepada kanak-kanak malang, susah dan terbiar di seluruh Malaysia.

Kempen tersebut adalah berdasarkan jualan beg amal ‘HELP FOR KIDS’, dengan kerjasama RedSTILETTO Camper dan Aura White Beauty.

Setiap RM10 yang diperoleh daripada hasil perjualan ‘HELP FOR KIDS’ kemudiannya disalurkan kepada badan iAMFAITHMEN Movement iaitu sebuah pertubuhan amal yang diasaskan oleh penyanyi terkenal tanahair, Faizal Tahir.

Hasilnya, sejumlah RM20,000 telah berjaya dikumpul! En. Michael Yong, Ketua Pengawai Operasi Kumpulan Karaoke Red Box berkata, “Melalui kempen ini, pengunjung berpeluang berkaraoke dan beramal dalam masa yang sama. Bagi setiap pembelian, mereka berpeluang memiliki CD kegemaran, produk Aura White dan menikmati baucar diskaun Red Box & baucar RedSTILETTO Camper bernilai RM100. Beg tersebut mungkin bernilai lebih daripada RM250 tetapi pembeli hanya perlu mendapatkannya pada harga RM25 sahaja. Menariknya, hanya dengan RM25, pembeli turut berpeluang memenangi “percutian motorhome” ke Perth, Australia untuk 2 orang selama 6 hari 5 malam tajaan RedSTILETTO Camper! Juga barangan tajaan Aura White bernilai RM5,000!”

Susulan itu, Red Box dalam majlis Rumah Terbuka telah menganjurkan ‘Majlis Penyerahan Derma’ berupa cek kepada pihak iAMFAITHMEN Movement. Dihadiri Pengasas iAMFAITHMEN Movement, Faizal Tahir, seramai 40 kanak-kanak dari Rumah Yayasan Chow Kit diraikan dalam majlis yang penuh berkat ini.

‪#‎iluvredbox ‪#‎helpforkids #Faithmen #FaithfulMusic #FaizalTahir #RedStilettoCamper #AuraWhiteBeauty

Faizal Tahir – Assalamualaikum [OFFICIAL VIDEO]