Home / Events / Pasukan Malaysia 2019 Ke Kejohanan World Championship Of Performing Arts (WCOPA)

Pasukan Malaysia 2019 Ke Kejohanan World Championship Of Performing Arts (WCOPA)

53673344_2218967511498660_5076721566587289600_o

Pemilihan Pasukan Malaysia 2019 telah berakhir dengan meriahnya di Dewan Utusan pada 30hb Mac, 2019.  Seramai 56 peserta dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian bagi merebut peluang untuk mewakili negara ke kejohanan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Long Beach, California. World Championship ini merupakan kejohanan “Olimpik” bagi dunia seni persembahan dan dianjurkan setiap tahun di Hollywood.

Pertandingan Malaysia Championship of Performing Arts (MCOPA) bagi memilih Pasukan Malaysia kali ini amat sengit sekali.  Tahun ini kesemua kategori pertandingan, iaitu, vokal, tarian, muzik, peragaan, lakonan dan pelbagai seni, telah ditandingi.  Seperti biasa, kategori vokal merupakan kategori yang paling ramai bertanding, dengan 28 peserta, diikuti dengan kategori peragaan seramai 13 peserta dan tarian dengan 11 penyertaan  terdiri dari 8 peserta solo dan 3 berkumpulan. Kategori muzik pula terdapat 2 peserta manakala kategori lakonan dan pelbagai seni terdapat seorang peserta setiap kategori.  Pertandingan juga dibahagi kepada 2 bahagian, iaitu, Junior dan Senior.  Junior dibahagikan kepada 2 kumpulan umur, iaitu, 7 hingga 10 tahun dan 11 hingga 15 tahun. Begitu juga dengan bahagian Senior dengan dua kumpulan umur, iaitu, 16 hingga 20 tahun dan 21 tahun keatas.

Seramai 7 orang juri pengadil telah bekerja keras bagi memilih pemenang malam tersebut. Para juri terdiri dari:

  • Ong Peng Chu
  • BKay Nair
  • Ahmad Satiman Ismail
  • Aloysius Cornelius Susek
  • Esther Applunius
  • Saufi Aiman Yahya
  • Sharip Zainal Hj. Sharif Shek

Panel juri bukan sahaja menentukan pemenang pingat Emas, Perak dan Gangsa bagi persembahan hari tersebut.  Mereka juga menentukan pembiayaan biasiswa kepada peserta bagi membolehkan mereka turut serta dalam Pasukan Malaysia ke Hollywood.  Biasiswa yang di sediakan adalah bagi jumlah USD5,000.00, USD3,000.00 dan USD1,500.00 setiap peserta.  Biasiswa berjumlah USD86,500.00 telah dianugerahkan pada malam tersebut, saperti berikut:-

Biasiswa               Jumlah Peserta             Jumlah Wang
USD5,000                          2                            USD  10,000
USD3,000                         17                           USD  51,000
USD1,500                         17                           USD  25,500
JUMLAH                                                          USD  86,500

Pemenang keseluruhan atau Grand Performer MCOPA 2019 jatuh kepada penyanyi dari Sabah, iaitu, Eylia Eyre Guntapad.  Senarai pemenang pingat yang lain adalah saperti lampiran berikut.

MATME Sdn Bhd, penganjur MCOPA, ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyokong dan penaja yang telah membantu menjayakan acara tahun ini. Para penaja terdiri dari:-

Mediahouse Entertainment      –      Rakan Penganjur
Red Box Karaoke Malaysia        –      Rakan Penganjur
The Esthers                                 –      Rakan Penganjur (Sabah)
Nottingheels                               –      Penanja Kasut
Cylacyrus                                     –      Penaja make-up dan dandanan
Rentak Sejuta                              –      Media Online
Teresa Chew International        –      Grooming
Sungei Wang Shopping Mall      –      Penaja Tempat
Mahkota Parade                         –      Penaja Tempat
Centrepoint Sabah                     –      Penaja Tempat

Sekian, terima kasih.