Home / Events / Suria FM Media Appreciation Night

Suria FM Media Appreciation Night

SuriaFM_1000x400

Kuala Lumpur, 6 September 2018 – Suria FM Sambut Hari Hargai Media ramai rakan media yang hadir memeriahkan suasana di pusat karaoke Red Box The Gardens, Khamis 7.00 Malam. DJ Radio FM turut menyambut dengan Sambutan dah cabutan hadiah bertuah khas untuk rakan Media, selepas sahaja tamat, rakan media juga turut ke bilik masing berkaraoke sebagai tanda perhargaan. DJ yang turut hadir, DJ Lin, Halim Othman, Cik Piah, Issey, Suraya dan ramai lagi.

MENANGI SEBAHAGIAN WANG TUNAI RM15,000
MENERUSI PERADUAN DETEKTIF MUZIK SURIA

Bermula 3 September hingga 21 September ini, pendengar Suria berpeluang menangi sebahagian daripada RM15,000 menerusi peraduan Detektif Muzik Suria!

Menerusi peraduan ini, dalam masa 10 saat pendengar perlu menyelesaikan misi mencari lirik yang hilang di dalam keratan lagu yang dimainkan.

Pendengar yang berjaya meneka lirik yang dicari akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200. Jika jawapan yang diberikan adalah salah, wang tunai akan digandakan ke segmen seterusnya. Bukan itu sahaja, wang tunai yang dimenangi boleh  bertambah pada waktu bonus.

Pendengar yang ingin menyelesaikan misi Detektif Muzik ini perlu menjadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 selepas isyarat memanggil dalam segmen Team Pagi Suria bersama Shahrol, Issey dan Fizi Ali (6 pagi – 10 pagi), segmen Gaya Suria bersama Cik Piah (10 pagi – 3 petang), segmen Suria Petang bersama Rara (Sharifah Shahirah), Tyzo dan Suraya (3 petang – 7 malam) dan juga Suria Cinta bersama DJ Lin (8 malam – 10 malam).

Pendengar boleh dapatkan pembayang jawapan untuk misi Detektif Muzik Suria di Facebook dan Instagram Suria Malaysia.

Bukan itu sahaja, Jelajah Suria siri kedua untuk tahun 2018 ini diteruskan lagi ke beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia. Bermula pada 8 September ini, bertempat di Mydin Meru, Ipoh Perak, peminat dan pendengar boleh bertemu penyampai-penyampai Suria seperti Shahrol, Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin serta artis yang bakal membuat persembahan seperti Syamel, Ameng Spring, Wany Hasrita, Naim Daniel, Wanie, Amir Masdi, One Avenue Band dan Eza Edmond.

Membawa tema Jelajah Suria dikecohkan oleh Team Pagi Suria, pengunjung yang hadir juga berpeluang memenangi wang tunai, barangan eksklusif Suria serta hadiah misteri melalui permainan pentas dan pertandingan karaoke yang dianjurkan.

Berikut adalah senarai tarikh dan lokasi Jelajah Suria 2018:-

Tarikh Lokasi
8 September 2018 Mydin Meru, Ipoh Perak
15 September 2018 AEON Bukit Raja, Klang
22 September 2018 Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
29 September 2018 Angsana Mall, Johor Bharu

Info lanjut di www.suria.my, Instagram & Twitter @suriamalaysia juga di Facebook Suria FM.