Home / Events / Majlis Pelancaran Single TERKEMUKA

Majlis Pelancaran Single TERKEMUKA

1000x400

TERKEMUKA -Sebuah lagu yang dinyanyikan oleh tiga orang anak muda  Zizi Kirana, Sandra Dianne dan Benzooloo. Istimewanya mengenai penyanyi-penyanyi lagu ini, mereka bertiga berasal dari satu negeri yang sama iaitu Sabah.

Bercerita mengenai Zizi Kirana, bakat nyanyian beliau bermula setelah menyertai program realiti ‘Akademi Fantasia’ musim ke-7 dan merupakan salah seorang finalis pada musim tersebut. Beliau pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cat (TFC) pada tahun 2009. Namanya semakin dikenali menerusi lagu-lagu kumpulan tersebut antaranya seperti Sebulatnya, Cinta Kosmik, dan Papa Jahat. Beberapa tahun bersama The Fabulous Cat, Zizi kemudiannya menganggotai sebuah lagi kumpulan yang diberi nama ‘Nukilan’ bersama Kelana dan Agenda yang ditubuhkan oleh Malique dibawah Qarma Musiq. Bersama Nukilan, Zizi menukar namanya menjadi Zizi Kirana.Bagi melebarkan lagi sayap didalam bidang nyanyian, Zizi Kirana kemudiannya menyertai D’Academy Asia 2, satu pertandingan nyanyian di Indonesia untuk mewakili negara. Terbaru, Zizi Kirana baru sahaja mengeluarkan dua singlenya tersendiri tahun ini iaitu ‘Boleh Jalan’ yang mendapat  1.2 Juta tontonan di Youtube dan paling baharu ialah single ‘Nak Ke Taknak’. Zizi Kirana juga tidak menolak untuk berkoloberasi bersama artis lain demi menaikkan namanya didalam bidang muzik.

Seorang lagi bunga yang menyanyikan lagu ini ialah Sandra Dianne, penyanyi muda yang pernah popular menerusi lagu single pertama beliau ‘Hey Kau’ mendapat tontonan sebanyak 6.3 juta tontonan di Youtube. Selain ‘Hey Kau’, Sandra mempunyai dua lagi single iaitu ‘Ku Tak Mahu Cinta’ dan ‘Aku Dan Kekasih’. Sandra sebenarnya berjaya menempa nama dan populariti di dalam industri muzik tanah air selepas menyertai pertandingan Mentor Legend pada tahun 2014. Sandra mempunyai suara yang lantang dan mempunyai penampilan yang bersahaja serta kebolehan menyanyi membuka mata peminatnya diluar sana untuk menyokong lagu-lagu nyanyian beliau.

Benzooloo, satu-satunya jejaka diantara Zizi Kirana dan Sandra. Sebut mengenai Benzooloo, beliau sudah bergiat aktif didalam bidang nyanyian terutamanya ‘rapping’ sejak berumur 18 tahun. Namanya tidak asing dengan muzik bergenrekan hiphop, R&B, dan juga Jazz terutamanya di negeri kelahirannya sendiri. Disebabkan itu, Benzooloo mempunyai sejumlah besar pengikut karier nyanyiannya. Beliau juga turut menyanyikan lagu tema untuk sebuah filem bertajuk ROMEO KOTA lakonan Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan ramai lagi. Selain menyanyi, Benzooloo juga berkebolehan dalam menulis lirik. Ini terbukti apa bila lagu Terkemuka ini juga hasil tulisannya bersama Malique Ibrahim.

Lagu Terkemuka dapat memberikan ketenangan kepada pendengar saat mendengar lagu ini. Lagu yang mampu mengekspresikan perasaan indah kita terhadap lagu-lagu berirama tradisional walaupun setelah diberi suntikan baru. Dengan gabungan tiga suara penyanyi, lagu seumpama ini dapat mengembalikan ingatan nostalgia kita pada lagu-lagu dahulu yang sememangnya mempunyai kekuatan yang istimewa.

Benzooloo & Zizi Kirana & Sandra Dianne – Terkemuka (OFFICIAL Lyric Video)