Home / Events / PELANCARAN SINGLE VIRGOUN ‘SURAT CINTA UNTUK STARLA’

PELANCARAN SINGLE VIRGOUN ‘SURAT CINTA UNTUK STARLA’

1000x400Virgoun mencabar dirinya untuk sesaat berjalan sendiri, Virgoun mencuba mengungkap jika ‘Surat Cinta Untuk Starla’ adalah gambaran dari cinta paling sejati.

Beliau yang berjaya dengan single ‘Surat Cinta Untuk Starla’ baru di nobatkan sebagai Artis Baru Terbaik (Lelaki) Anugerah Planet Muzik 2017. Lirik video Surat Cinta Untuk Starla dari awal di muat naik ke Youtube hingga sekarang view nya sudah mencapai 165juta.

Cinta memang tidak pernah habis untuk diungkapkan. Selalu melekat dan menjadi inspirasi untuk sebahagian besar manusia dalam menjalani kehidupan. Begitu juga dengan Virgoun, yang selama ini dikenali sebagai Penyanyi Utama dari kumpulan Last Child. Dirinya dikenali bukan hanya sebagai vokalis bersuara merdu, namun juga pemuzik yang handal dalam mencipta lagu. Bisa dibuktikan dengan perjalanannya bersama Last Child yang memang memiliki material cinta dengan makna yang mendalam. Bisa dibilang cinta menjadi pengaruh terbesar bagi Virgoun dalam berkarya. Begitu juga single ‘Surat Cinta Untuk Starla’ ini dimana peminat muzik Indonesia kali ini Dikerjakan dengan sisi lain dari pembuktian Virgoun dalam menjalani Perjalanan Muzik nya.

Tidak ada Rakan-Rakannya dari Last Child yang melarang vokalis berdarah batak ini membuat lagu solo. Last Child masih ada tapi kali ini Virgoun memberanikan diri untuk berjalan sendiri. Dengan kata lain, ini projek solo dari sang vokalis.

‘Surat Cinta Untuk Starla’ ini adalah karya Utama yang rilis dari projek solo ini, ujar Virgoun menjelaskan. Dengan mantap untuk bilang ini adalah projek solo, Virgoun jelas mengeluarkan dirinya sendiri untuk keluar dari zona selesanya. Ia yang sebelum ini berada di belakang lagu-lagu Last Child menghadapi situasi dimana bahan untuk menghasilkan ‘Surat Cinta Untuk Starla’ yang kental dengan rasa cinta ini harus berbeza muziknya dari Last Child.

Lagu Surat Cinta Untuk Starla adalah Inspirasi dari anak perempuannya yang tercinta . “Lagu ini bercerita tentang perasaan cinta yang paling jernih dan tulus dari seseorang untuk seseorang yang lain. Perasaan gue diluahkan dalam surat ini yang gue cuba ungkapkan dalam lagu ini, dimana apa yang dituliskan sebagai lirik dan mesin ketik sebagai perasaan dan medianya. Tajuk lagu  ‘Surat Cinta Untuk Starla’, nama Starla terinspirasi dari nama anak gue tercinta” jelasnya bersemangat.

Tidak hanya tentang cerita lagu dan projek solonya, proses kreatif dari single ini pun juga menghasilkan cerita yang menarik iaitu dari  Suara mesin ketik yang terus mengiringi lagu dari awal hingga akhir jelas mencuri perhatian kita sebagai pendengarnya. Sentuhan string yang semakin menguatkan penjiwaan dari lagu ini sendiri. Ditambah dengan sokongan dari Last Child yang bergabung mengisi choir, lagu ini pun juga terasa semakin dalam.

“Jujur, untuk proses kreatif gue agak pening kerana ada tuntutannya untuk mengemas lagu ini di luar muzik Last Child. Konsep awalnya itu hanya gitar akustik, tapi akhirnya untuk membezakan dari yang sebelumnya, gue mencuba mengeksplore lebih jauh, jadinya ada sentuhan string dan mesin ketik. Lagu yang sudah jadi ini berbeda jauh dari sebelumnya.,” ujar Virgoun.

Bukan hanya membuktikan beliau sebagai seorang pemuzik, bagi Virgoun sendiri projek solo ini adalah satu fasa baru yang harus dia jalani demi mengembangkan diri sendiri sebagai seorang penyanyi dan juga sebagai pemuzik.“Semua yang gue usahakan di muzik itu serius tidak main-main. Kalau memang nanti gue rilis lagu lagi ya berarti memang gue punya lagu yang banyak. Di projek solo ini dan dengan dukungan dari teman-teman di Last Child, gue bisa mengeksplor semua jenis muzik yang mau gue sentuh, apakah nanti itu blues, atau pula EDM,” tutupnya dengan yakin.

Dan dengan rasmi tersebarnya single ‘Surat Cinta Untuk Starla’ ini, Virgoun berharap agar projek solo ini juga bisa diterima oleh pendengarnya di luar sana yang belum atau sebelumnya sudah mengetahui kerjayaan bersama Last Child. Projek muzik dengan format dan rasa yang berbeda, lebih pop, elektronik dan projek yang mencerminkan Virgoun yang baru.

Dengan Pelancaran single Virgoun ‘Surat Cinta Untuk Starla’ versi karaoke lagu ini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS Karaoke.